INANAM- Penduduk kawasan N13 Inanam bagaikan "Sudah Jatuh Ditimpa Tangga" beginilah kira-kira yang saya boleh kiaskan keadaan penduduk dan masyarakat di kawasan N13 Inanam yang mana kawasan ini adalah dibawah naungan pentadbiran DBKK-JPSU.
JPSU(Jabatan Pengurusan Sub-Urban) adalah yang telah dipertanggungjawabkan untuk mentadbir kawasan ini yang terletak dikawasan pinggir Bandar.
Dalam pentadbiran politik adalah dibawah kuasa UPPM-Jabatan Ketua Menteri (UPPM-Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat - diBawah Jabatan Ketua Menteri) dahulunya dikenali sebagai UPKR) diUPPM kini diketuai oleh Fredolin T.Bangon yang juga selaku Ketua Bahagian PBS N13 Inanam. dan dibantu oleh CDO /PKM (CDO adalah Community Development Officer /Pegawai Kemajuan Masyarakat) En.Lukin Teliban. Ramai yang beranggapan bahawa gandingan pemimpin UPPM ini mampu membangunkan masyarakat di kawasan ini namun pada saya agak pincang kerana kelihatan mempunyai perbezaan dari segi Visi dan Strategy mendekati rakyat.
Dalam hal mendekati Rakyat CDO En.Lukin Teliban lebih menonjol dan disenengi oleh masyarakat dan pemimpin di peringkat akar umbi ini kerana sikapnya yang mudah mesrah bahkan lebih suka mendengar keluahan dan luahan masyarakat khususnya masalah diperingkat kampung, mungkin juga kerana pengelaman beliau bersama-sama mantan wakil rakyat Datuk Johnny Goh selama hampir 15 tahun berhadapan dengan adanya pengelaman selama itu beliau mampu menengani setiap masalah yang diajuhkan kepada beliau. Dalam kajian saya hampir 9 daripada 10 orang Pengerusi JKKK yang mengatakan bahawa mereka lebih suka berurusan dengan CDO ini berbanding dengan PPM mereka iaitu En.Fredoline Bangon. Biar pun kedua-dua mereka ini mempunyai akedimki yang sama (Sarjana) namun kelihatan kelebihan En.Lukhin Teliban ini lebih jauh berbanding dengan En. Fredoline Bangon. En. Fredoline Bangon menyedari hal ini sehingga beliau (En. Fredolin B) terpaksa memberi desakan semua pengerusi JKKK yang berjumpa beliau dengan cara melarang berjumpa dengan CDO dengan alasan bahawa CDO tidak ada kuasa. antara lain kata-kata yang seringkali diulang-ulang oleh PPM ini ialah "SAYA YANG BERKUASA CDO TIDAK ADA KUASA" Biarpun begitu hampir semua Pengerusi JKKK tahu bidang kuasa yang ada pada kedua jawatan ini yang mana CDO adalah pembantu pada PPM kalau tidak ada PPM maka CDOlah yang bertanggung jawab tuga-tugas PPM ini.
Mendengar keluhan-keluhan daripada beberapa pemimpin akar umbi ini saya mula tertanya-tanya; Apakah PPM yang diberi kepercayaan untuk menyatu padu masyarakat dan seterusnya memenangkan semula PBS-BN di DUN N13 Inanam ini tercapai? Apakah perancangan PMM untuk misi ini? dan dalam tempoh 7 bulan beliau memegang jawatan ini apakah perkara yang boleh dibanggakan oleh penyokong beliau khususnya yang penyokong beliau semasa perebutan memegang jawatan sebagai Ketua Bahagian PBS N13 Inanam.
Dalam penyelidikan saya yang pasti dan jelas adalah CDO yang telah menunjukkan usaha menyatu padu masayarakat ini dan berusaha menjaga nama baik Parti Bersatu Sabah (PBS) khususnya kawasan DUN Inanam, juga Pejabat UPPM sangat terhad kerana, jika merujuk keluhan-keluhan Pengerusi-Pengerusi JKKK di atas seolah-olah PPM menghalang usaha CDO ini. Dalam keadan ini masyarakat di kawasan Inanam Bagaikan "dah jatuh ditimpa tangga" Apa sudah pun berwakil Rakyat Pembangkang, PPM pula mempamirkan kepimpinan yang lemah. keadan ini saya berpandangan bahawa Kepimpinan atasan harus melakukan sesuatu demi PRU14.